Perhimpunan Pagi Khamis 24 januari 2019
Perhimpunan Khamis 24 Januari bermula pada pukul 7.15 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan Dewan Tun Abd Razak. Ianya dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna dan seterusnya bacaan Al-Quran beramai-ramai. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Hidayah, Ustazah Jazlina dan Ustazah Azifah.
Persediaan MASISUPA Sekolah dan Zon 2 - Latihan Catur 23 Januari 2019
Latihan catur diadakan di Kelas 4A pada hari ini Rabu 23 Januari 2019 dibawah seliaan Ustazah Norsyah Siti Aisyah dan Cikgu Asmar. InsyaALLAH usaha kita dengan berlatih, akan diberikan dengan ganjaran kejayaan. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA Sekolah dan Zon 2 - Latihan Badminton 23 Januari 2019
Selain dari pasukan pingpong, pasukan badminton juga mengadakan latihan di Dewan Tun Abd Razak pada masa dan tarikh yang sama. Latihan diselia oleh Ustazah Ummu. Semoga kejayaan bersama anda semua. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA Sekolah dan Zon 2 - Latihan Ping Pong 23 Januari 2019
Latihan ping pong turut sama dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari ini Rabu 23 Januari 2019. Selamat Berjaya semua. InsyaALLAH.

