Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Lelaki 12 Februari 2019
Perlawanan persahabatan bola tampar lelaki antara pasukan SMAM melawan pasukan SMK Chedung Jaya telah diadakan pada hari ini Selasa 12 Februari 2019 bertempat di Gelanggang Belia Bandar Maran. Pasukan SMAM telah berjaya memenangi perlawanan tersebut. Tahniah.
Selamat Bertukar Cikgu Nur Fadhilah bt Ahmad Hazamy
Warga SMAM mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Fadhilah yang akan berpindah ke SMA Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), Pekan bermula esok Rabu 13 Februari 2019. Semoga selamat dan gembira bertugas di tempat yang baru. InsyaALLAH. Terimakasih di atas segala jasa yang telah dicurahkan selama ini kepada warga SMAM.
Perhimpunan Pagi Selasa 12 Februari 2019
Perhimpunan pagi Selasa 12 Februari dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan nyanyian Asma Ul-Husna. Selepas itu bacaan beramai-ramai Al-Quran diketuai oleh pengawas bertugas Afiq Fahmi, diikuti dengan program Thobur Sobahi, ucapan guru bertugas Ustaz Syarafi dan ditutup dengan doa oleh Saudara Afiq Fahmi.
Selamat Datang Guru Baru SMAM: Cikgu Fatihah Binti Wahid Anuar
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada guru baru SMAM iaitu Cikgu Fatihah yang telah melapor diri ke SMAM pada Isnin 11 Februari 2019. Beliau akan menggantikan Puan Fadillah yang akan bertukar ke SMA Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) Pekan. Semoga SMAM akan memberikan pengalaman manis kepada beliau insyaALLAH.

