Thobur Sobahi 12 Februari 2019
Thobur Sobahi hari Selasa 12 Februari 2019 adalah melibatkan dialog dalam Bahasa Arab yang dilakonkan oleh Shahnur dan Afiq Fahmi. Semoga program ini akan meningkatkan penguasaan bahasa dikalangan pelajar-pelajar SMAM. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Bola Sepak 12 Februari 2019
Latihan Bola Sepak bawah 17 tahun dan bawah 15 tahun telah diadakan di padang bola sekolah pada hari Selasa 12 Februari 2019. Semoga pasukan yang kuat dapat dibentuk melalui latihan. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Bola Jaring 12 Februari 2019
Latihan bola jaring juga telah diadakan di padang sekolah hari ini Selasa 12 Februari 2019. Latihan diselia oleh Cikgu Immazura.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Badminton 12 Februari 2019
Latihan badminton lelaki dan perempuan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM, pada hari ini Selasa 12 Februari 2019. Latihan diselia oleh Cikgu Aesah dan Encik Kadri. Semoga segala usaha akan membuahkan kejayaan. InsyaALLAH.

