Thobur Sobahi Khamis 14 Februari 2019
Program Thobur Sobahi pada hari Khamis 14 februari 2019 melibatkan lakonan dan dialog yang diketuai oleh Saudara Afiq Fahmi dan Saudara Ariff Adham. Semoga ianya memberikan rangsangan yang baik kepada penguasaan Bahasa Arab dikalangan warga SMAM. InsyaALLAH.
Perhimpunan Pagi Khamis 14 Februari 2019
Perhimpunan pagi Khamis 14 februari 2019 bermula pada pukul 7.15 pagi. Ianya dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna, seterusnya bacaan Al-Quran diketuai oleh Ariff Adham, Thobur Sobahi diketuai oleh Afiq Fahmi dan Ariff adham dan akhirnya ditutup dengan doa. Guru yang berucap pada hari ini ialah Ustazah Jazlina.
Tausiah Habib Hassan Al-Kaf
Tausiah dari Habib Hassan telah diadakan pada malam Rabu 13 Februari 2019 di Masjid Asy-Syakirin Maran. Seramai 20 Pelajar-pelajar SMAM yang diiringi oleh Ustaz Rahimi, Ustaz Farek dan Ustaz Redho turut sama menghadiri majlis ini. Semoga ilmu yang didapati akan digunakan sepenuhnya oleh mereka. InsyaALLAH.
Raptai Merentas Desa 13 Februari 2019
Raptai merentas desa telah diadakan pada petang Rabu 13 Februari 2019 bermula dari pukul 3.30 petang sehingga 4.30 petang melalui laluan jalan dari SMAM menuju Kuala Sentul. Merentas desa sebenar akan dilaksanakan pada pagi Jumaat 15 Februari 2019. InsyaALLAH.

