Thobur Sobahi 7 Mac 2019
Thobur Sobahi 7 Mac 2019 melibatkan perkataan berlawanan dalam Bahasa Arab. Perkataan dalam Bahasa Arab dibacakan oleh pengawas bertugas, saudara Afiq Fahmi dan Wan Hakimi. Pelajar-pelajar lain memberikan makna dan memberikan perkataan berlawanan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Perhimpunan Pagi Khamis 7 Mac 2019
Perhimpunan pagu Khamis bermula dari 7.15 hingga 7.50 pagi dengan dimulakan oleh nyanyian lagu Asma Ul-Husna dan diikuti oleh bacaan Al-Quran beramai-ramai. Seterusnya program Thobur Sobahi dan diikuti oleh ucapan guru bertugas, Cikgu Wan Amran, capan SU peperiksaan, Cikgu Hidayah dan ucapan oleh pengetua.
Perjumpaan Kokurikulum Rabu 6 Mac 2019: Kelab dan Persatuan
Perjumpaan Kokurikulum pertama selepas taman MASISUPA Zon 2 ialah pada hari Rabu 6 Mac 2019. Perjumpaan kali ini adalah untuk kelab dan persatuan. Aktiviti bermula dari 3.30 - 4.30 petang di lokasi yang telah ditetapkan dalam jadual atau mengikut arahan guru-guru penasihat.
hari Tanpa Songkok 6 Mac 2019
Hari Tanpa Songkok SMAM adalah untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan mengenai rambut. Ini kerana rambut pelajar-pelajar dapat dilihat dengan jelas tanpa songkok.

