Perhimpunan Pagi Jumaat 8 mac 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 8 Mac 2019 bermula dari pukul 7.20 - 8.00 pagi. pelajar-pelajar membaca surah Al-Fatir dan As-Sajdah beramai-ramai diketuai oleh
oleh saudara Nur Haziq dan Shahnur. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Asmar mengenai biasiswa dan prosedur mengisi borang, Ustazah Salmiah bercakap mengenai kelas Quran di Masjid Asy-Syakirin, Cikgu Aminah Murni bercakap mengenai MASISUPA Pusat dan Ustaz Shamsuddin bin Ali bercakap mengenai kelas tahfiz.

Saringan Darah Talasemia Pelajar Tingkatan 4 SMAM
Pengambilan darah pelajar-pelajar yang belum di saring untuk talasemia telah dibuat di bilik komputer SMAM pada hari Khamis 7 Mac 2019 bermula dari 8.30 - 9.30 pagi. Ini adalah satu program percuma untuk menentukan samada pelajar-pelajar mengidap atau menjadi pembawa kepada talasemia. Semoga semua pelajar dalam keadaan sihat belaka InsyaALLAH.
Motivasi dan Nasyid bersama Nowtica
Sesi motivasi dan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Nowtica bermula dari pukul 11.00 - 1.30 tengahari. Kumpulan ini menyampaikan lagu akapella dan minus one. pelajar-pelajar teruja dengan motivasi dan lagu-lagu nasyid yang dipersembahkan. Terimakasih kepada kumpulan Nowtica atas kesanggupan mereka bertandang ke SMAM dari bangi.
Program Kesihatan Bersama Jabatan Kesihatan Maran: Keracunan Makanan & Penyakit Bawaan Vektor
Ceramah kesihatan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM, pada pagi Khamis 7 Mac 2019 bermula dari 8.30 - 10.30 pagi. 2 ceramah diberikan iaitu Keracunan Makanan dan Penyakit Bawaan Vektor. Terimakasih diucapkan kepada pegawai-pegawai kesihatan yang sudi hadir dan berkongsi maklumat dengan warga SMAM. Tahniah