Selamat Datang Guru Baru SMAM: Cikgu Syaima Binti Sofian
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Syaima Binti Sofian yang telah melapor diri ke SMAM pada 1 Mac 2019. Beliau akan menggantikan Cikgu Fatihah yang berhenti kerana mendapat pekerjaan lain. Semoga beliau mendapat pengalaman yang terbaik dan terindah di SMAM. InsyaALLAH
Selamat Datang Guru Baru SMAM: Cikgu Nur Hazirah Binti Mohd Bakhri
Warga SMAM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Nur Hazirah Binti Mohd Bakhri yang telah melapor diri ke SMAM pada 25 Februari 2019 untuk menggantikan Cikgu Nurin yang telah menamatkan perkhidmatan beliau selepas hampir sebulan mengajar di SMAM untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Warga SMAM mengharapkan Cikgu Nur Hazirah akan mendapat pengalaman yang menceriakan dan berguna sepanjang berkhidmat di SMAM. InsyaALLAH.
Makluman Kelas Tambahan Bagi Kelas Peperiksaan (PT3, SMA dan SPM) 2019
Kelas tambahan untuk kelas peperiksaan 2019 (PT3, SMA dan SPM) akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar terlibat telah diberikan surat makluman ini pada hari Khamis 28 Februari 2019 untuk diserahkan kepada ibubapa/penjaga masing-masing berserta dengan jadualnya. Pelajar-pelajar dan ibubapa juga boleh memuat turun surat makluman dan jadual kelas tambahan di web ini pada ruangan muat turun - makluman kelas tambahan kelas peperiksaan 2019 dan jadual kelas...
Dalam Kenangan: Terimakasih Pasukan PDTM dan X-PDTM
Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih kepada pasukan PDTM dan X-PDTM yang turut membantu dalam memperkuatkan pasukan Bola Jaring dan Badminton Perempuan SMAM dalam mengadakan "Friendly" dengan kedua-dua pasukan. Terimakasih juga kerana memberi sumbangan untuk meningkatkan motivasi pemain-pemain badminton perempuan SMAM 2019. Jasa anda akan sentiasa kami kenang. InsyaALLAH.

