Thobur Sobahi Selasa 12 Mac 2019
Thobur sobahi melibatkan lakonan dialog 2 pengawas bertugas iaitu Alif Haiqal dan Amiruddin. Mereka juga mempersembahkan mengenai kata berlawanan di mana mereka memberikan satu perkataan arab manakala pelajar-pelajar lain akan memberikan erkataan berlawanan dalam bahasa arab dan maknanya dalam bahasa Melayu
Perhimpunan Pagi Selasa 12 mac 2019
Perhimpunan pagi Selasa 12 mac 2019 diadakan di dalam Dewan Tun Abd razak, SMAM kerana hujan. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna diikuti dengan bacaan Al-Quran, Thobur Sobahi, ucapan guru bertugas Cikgu Norasyikin dan ucapan oleh GPK HEM.
Selamat Datang Kepada Guru Baru SMAM: Ustaz Azizul Azhar Bin Muslihat
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Azizul Azhar Bin Muslihat yang menggantikan Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin yang bertukar ke SMA Chenor. Ustaz Azizul sebelum ini mengajar di SMA Pulau Tawar, Jerantut. Warga SMAM mengharapkan Ustaz Azizul akan mendapat pengalaman yang terbaik di SMAM dan sentiasa dalam keadaan ceria sepanjang berada di SMAM. InsyaALLAH.
Ujian Penilaian Tahap 1 2019 telah bermula
UPT1 telah bermula pada hari ini Isnin 11 Mac 2019 dengan kertas pertama yang diuji ialah Bahasa Melayu Tingkatan 4 yang berlangsung pada 7.50 pagi. Semua subjek akan diuji selama 1 jam mengikut jadual yang dikeluarkan. Jadual boleh di muat turun pada ruangan muat turun pada laman web ini.

