Latihan Tafsir Al-Quran MASISUPA Pusat 2019 di Perhimpunan Pagi Rabu 20 Mac 2019
latihan ini dilaksanakan di tapak perhimpunan pagi Rabu yang juga merupakan slot tazkirah pagi yang baik untuk pelajar-pelajar. Alhamdulillah.
Hari Tanpa Songkok 20 Mac 2019
Hari tanpa songkok 20 Mac 2019 bertujuan memastikan keadaan rambut pelajar mengikut peraturan sekolah
Thobur Sobahi 20 Mac 2019
Thobur Sobahi 20 Mac 2019, bermula dengan Makna Bahasa Arab untuk jenis-jenis sukan permainan yang diketuai oleh Saudara Iqbal Naim. Seterusnya dialog dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris oleh Saudara Hafiz dan Danial.
Perhimpunan Pagi Rabu 20 Mac 2019
Perhimpunan pagi Rabu 20 Mac 2019 bermula dari pukul 7.15 hingga 7.45 pagi. Ianya dimulakan dengan nyanyian Asma Ul-Husna, Bacaan Al-Quran beramai-ramai yang diketuai oleh Saudara Iqbal Naim, Thobur Sobahi, Ucapan oleh Cikgu Syaima tentang kebersihan kelas dan latihan Tafsir Al-Quran untuk MASISUPA Pusat.

