UPT 1 - hari Kelima
UPT1 telah pun sampai ke hari kelima yang juga merupakan hari terakhirnya. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik. InsyaALLAH.
Latihan Berpusat Zon 2 di SMA Al-Ihsan
Selepas perhimpunan pagi, pelajar-pelajar yang terlibat dengan latihan berpusat Zon 2 di SMA Al-Ihsan telah menaiki bas untuk ke SMA Al-Ihsan. latihan ini akan berlangsung dari 15 - 17 Mac 2019. Selepas itu pelajar-pelajar akan kembali semula ke sekolah-sekolah angkat mereka untuk meneruskan latihan sehinggalah MASISUPA Pusat yang akan berlangsung pada 23 - 26 Mac 2019.
Perhimpunan Pagi Jumaat 15 Mac 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 15 Mac 2019 bermula pada pukul 7.20 pagi dan dimulakan dengan bacaan 2 Surah secara beramai-ramai dengan diketuai oleh Saudara Arif dan Saudara Yusman. Seterusnya GPK HEM memberi taklimat mengenai pergerakkan peserta-peserta MASISUPA Zon 2 yang akan bergerak ke SMA Al-Ihsan dengan bas selepas perhimpunan.
Majlis Meraikan Kenaikkan Pangkat dan Pertukaran Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin
Satu majlis ringkas yang dibuat secara "surprise" untuk meraikan kenaikkan pangkat dan pertukaran Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin telah dilaksanakan pada malam Khamis 14 Mac 2019 bertempat di Taman Seri Keramat, Maran. Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin yang telah berkhidmat selama 7 tahun di SMAM sebagai guru ASPA dan kini menjawat jawatan DG 29 dan telah ditempatkan di SMA Chenor. Semoga beliau terus suksess dalam kareer dan hidup beliau dunia...

