Mukhayyam Arabiy Hari Kedua : Majlis Penutupan
Majlis penutupan Mukhayyam Arabiy disempurnakan oleh Ust Abu Bakar bin Mat Saad, AMP iaitu Ketua Penolong Pengarah, DG 52 Bahagian Pendidikan JAIP. Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dilaksanakan dalam slot-slot Mukhayyam Arabiy. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini. Semoga ianya akan dapat meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar dalam Bahasa Arab. InsyaALLAH.
Album Mukhayyam Arabiy 2019 di...
Album Mukhayyam Arabiy 2019 di...
Mukhayyam Arabiy Hari Kedua Slot 6 : Penilaian
Slot 6 pula melibatkan penilaian keberkesanan program. Ianya dilaksanakan dalam dewan.
Mukhayyam Arabiy Hari Kedua Slot 5: Kuiz dan Dam Ular
Slot kelima pula melibatkan acara kuiz yang diadakan di dalam dewan manakala dam ular pula dibuat di luar dewan. Kumpulan-kumpulan mengambil giliran menjawab kuiz dan bermain dam ular yang dibuat dalam Bahasa Arab.
Mukhayyam Arabiy Hari Kedua Slot 4: Mencari Harta Karun
Mukhayyam Arabiy hari kedua 16 Mac 2019 berjalan dengan lancar. Slot ke 4 melibatkan sesi mencari harta karun di sekitar kawasan Maahad SAS. Pelajar-pelajar menjawab soalan dalam Bahasa Arab untuk mencari harta karun tersebut.

