Alhamdulillah...Semua Peserta telah pulang dengan selamat
Alhamdulillah, semua peserta Zon 2 yang telah berkampung di SMA Al-Ihsan selama 3 hari telah selamat kembali ke SMAM 3.50 petang. Semoga sesi latihan tersebut meningkatkan kemahiran pelajar untuk MASISUPA Pusat nanti. InsyaALLAH.
Peserta-peserta Bergerak Balik Ke SMAM
Bas untuk membawa pulang pelajar-pelajar SMAM dan pelajar-pelajar sekolah lain yang menjadi anak angkat SMAM untuk latihan Zon 2 telah sampai ke SMA Al-Ihsan pada lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Latihan akan diteruskan lagi di sekolah angkat masing-masing yang menjadi tempat latihan pusat. SMAM menjadi pusat latihan bagi Pasukan Ping pong Perempuan dan Bola Tampar Perempuan.
Latihan Berpusat Zon 2 di SMA Al-Ihsan: Hari Ke-3
Latihan berpusat Zon 2 untuk ilmiah dan sukan di SMA Al-Ihsan telah sampai kehari ketiga. Semoga semua akan berjaya di MASISUPA Pusat nanti. InsyaALLAH.
Makluman Kepada Semua Peserta Mukhayyam Arabiy di Maahad SAS
Album Mukhayyam Arabiy 2019 di Maahad SAS telah dimuat naik dan boleh dilihat atau muat turun di GALERI - FOTO - Mukhayyam Arabiy 2019 di Maahad SAS atau boleh terus klik pada link di bawah:
http://sman.pahang.edu.my/schools/8/galleries/723
http://sman.pahang.edu.my/schools/8/galleries/723

