perhimpunan pagi khamis 2 mei 2019
Perhimpunan pagi Khamis bermula dari jam 7.15 - 7.35 pagi dengan dimulakan oleh nyanyian Asma Ul-Husna secara beramai-ramai. Seterusnya Saudara Shahnur mengetuai pelajar-pelajar untuk membaca Al-Quran secara beramai-ramai. Ucapan diberikan oleh guru bertugas dan GPK HEM. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Saudara Shahnur.
makan malam meraikan Ustaz Syarafi yang bertukar ke Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur
Pada malam 1 Mei 2019, satu majlis makan malam telah dianjurkan di Maran Hill Golf Club untuk meraikan Ustaz Syarafi oleh sahabat-sahabat rapat beliau. Majlis berlangsung dari jam 8.00 - 11.00 malam. Semoga beliau sentiasa suksess dalam perjalanan hidup beliau dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayanf ALLAH. InsyaALLAH.
Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019
Peperiksaan pertengahan tahun SMAN akan bermula seperti tarikh berikut:
1. Tingkatan 1 & 2: 2 - 14 Mei 2019
2. Tingkatan 3 : 17 - 25 Jun 2019
3. Tingkatan 4 : 2 Mei - 10 Jun 2019
4. Tingkatan 5 : 2 - 17 Mei 2019
Kepada sesiapa yang memerlukan, jadual peperiksaan ada disediakan untuk dilihat atau dimuat turun di ruangan muat turun atau terus pada link dibawah:
...
1. Tingkatan 1 & 2: 2 - 14 Mei 2019
2. Tingkatan 3 : 17 - 25 Jun 2019
3. Tingkatan 4 : 2 Mei - 10 Jun 2019
4. Tingkatan 5 : 2 - 17 Mei 2019
Kepada sesiapa yang memerlukan, jadual peperiksaan ada disediakan untuk dilihat atau dimuat turun di ruangan muat turun atau terus pada link dibawah:
...
Senaman Pagi Asrama sempena Hari Pekerja 2019
Sempena cuti Hari Pekerja 2019 hari ini 1 Mei 2019, satu sesi senaman pagi telah dilakukan di hadapan ASPURA bermula dari jam 7.30 pagi. Aktiviti dipantau oleh warden ASPURA, Ustaz Azrul dan Ustaz Khairun Nas.

