Operasi Menangkap dan memindahkan kucing terbiar dari SMAM
Sebanyak 10 ekor kucing telah berjaya ditangkap oleh pelajar-pelajar SMAM dan dipindahkan ke pasar Maran. Ini merupakan operasi yang penting kerana kucing-kucing terbiar ini telah membuang najis merata-rata tempat di SMAM dan juga banyak menyelerakkan sampah-sampah dalam tong sampah.
Gotong royong mengemas bilik tayang
Cikgu Aesah bersama beberapa orang pelajar telah mengadakan gotong royong mengemas bilik tayang SMAM. Meja-meja telah dibalut dengan kain untuk memastikan ianya tidak menjadi mangsa contengan dan sebagainya
Gotong royong mengecat surau ASPURI dan pintu kelas
Beberapa orang pelajar terpilih dibawah bimbingan Cikgu Asmar telah bergotong royong mengecat surau ASPURI dan pintu kelas pada jam 8.00 - 10.30 pagi Rabu 17 April 2019.
Gotong Royong Zon 17 April 2019
Pelajar dan guru telah dibahagikan mengikut zon masing-masing. Peralatan telah disediakan oleh AJK 4K. Guru-guru, staff dan pelajar-pelajar telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk membersih dan menceriakan zon masing-masing.