PERSIAPAN BALIK KAMPUNG SEMPENA AWAL RAMADHAN
Pelajar-pelajar SMAM telah bersedia untuk balik kampung sempena awal Ramadhan. Didapati beg-beg pakaian telah tersusun di bilik-bilik study dan dikaki lima bengkel KHB. Ini adalah kerana selepas keluar dari asrama untuk ke sekolah pada sebelah pagi, pelajar-pelajar tidak dibenarkan lagi untuk masuk ke asrama sehinggalah waktu tamat sekolah.
CUTI SEMPENA AWAL RAMADHAN 4 - 7 MEI 2019
SMAM akan bercuti dari 4 - 7 mei 2019 sempena awal Ramadhan 2019.
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 Hari Kedua 3 mei 2019
Peperiksaan pertengahan tahun 2019 masuk ke hari kedua. Kelas-kelas yang mengambil peperiksaan ialah Tingkatan 1,2,4 dan 5. Peperiksaan pertama bermula pada jam 7.40 pagi.
PERHIMPUNAN PAGI JUMAAT 3 MEI 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 3 Mei 2019 bermula dari jam 7.15 hingga 7.35 pagi. Bacaan Al-Quran beramai-ramai telah dijalankan. Seterusnya SU peperiksaan telah memberikan ucapan mengenai perubahan jadual peperiksaan pertengahan tahun kerana cuti peristiwa pada Isnin 6 Mei 2019 sempena hari pertama ramadhan 2019.

