Pertandingan Sepak Takraw
Satu pertandingan sepak takraw telah diadakan di gelanggang sepak takraw SMAM yang berhadapan dengan ASPURA. Peserta terdiri dari kalangan guru, staff dan pelajar. Di pertandingan ini para penonton sangat bertuah untuk melihat skill sepak takraw yang dimiliki oleh Tuan Pengetua SMAM (Us. Shamsuri Bin Shamsudin), GPK 1 ( Ustaz Shamsuddin Bin Ali), Staff (Uncle Sam) dan Ketua Warden (Us Syarafi). Tahniah kepada semua peserta
Ceramah Vandalisme
Ceramah khas mengenai perlakuan vandalisme telah diadakan di Surau ASPURA SMAM pada 20 November 2017 yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3. ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Abd Karem Bin Sidek. Ceramah bermula pada pukul 1.00 tengahari dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Semoga ceramah ini memberi kesan yang baik terhadap perlakuan vandalisme di kalangan pelajar. Aamiiin.
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab dan Catur 2017
Pertandingan Syarahan Bahasa Arab dan Catur telah diadakan pada 20 November 2017 sempena aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun 2017. Syarahan Bahasa Arab telah diselaraskan oleh Ustaz Rahimi, Ustaz Khairun Nas dan Ustazah Sariy Zayani. Tahniah
Pertandingan Bola Jaring Tingkatan 1 SMAN
Bermula dari hari Jumaat 18 November 2017 - 19 November 2017, telah diadakan satu pertandingan bola jaring tingkatan 1 antara sekolah-sekolah agama di bawah JAIP di SMA Pulau Tawar. Dalam pertandingan ini SMAM telah berjaya menggondol tempat keempat. Johan pertandingan ialah SMA Pulau Tawar, Naib Johan SMA Al-Basriah dan tempat ketiga jatuh kepada SMA Guai. Tahniah kepada semua pelajar SMAM dan diharapkan mereka akan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Guru pengiring yang...

