Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Maran
Pada 27 November 2017, telah diadakan satu pertandingan tilawah Al-Quran Daerah Maran 2017 di Masjid Kg Luit dibawah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Pertandingan ini turut disertai oleh 2 pelajar SMAM iaitu MUHAMMAD NURAMIRUL FIRDAUS BIN AZMAN dan MOHAMAD NURAKMAL HARITH BIN AZMAN serta 3 orang bekas pelajar SMAM iaitu Nuriman Farith Bin Azman, Nur Syakifah Bt Azman dan Aminurrasyid. Dalam pertandingan ini salah seorang bekas pelajar SMAM iaitu saudara Aminurrasyid...
SEMINAR DAN BENGKEL EKONOMI UNTUK PERSEDIAAN SPM 2017
Satu seminar ekonomi telah diadakan pada hari Ahad 26 November 2017 di bilik tayang SMAM sebagai persediaan terakhir untuk pelajar-pelajar SMAM menghadapi peperiksaan ekonomi pada 28 November 2017 ini. Seminar disampaikan oleh Cikgu Mohd Zahir Bin Abu Hassan dari SMK Temin. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar SMAM.
Hari Terakhir Persekolahan 2017
Pada hari terakhir persekolahan untuk sesi 2017 menyaksikan kesibukkan di SMAM. Pada pukul 7.20 pagi perhimpunan sekolah bermula dan selepas itu sesi membaca Al-Quran, Tahlil, Solat Hajat dan Solat Dhuha diadakan si Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Selesai majlis di dewan, sesi bergambar akhir tahun telah diadakan dan selepas itu bermula dari pukul 10.30 pagi, majlis pelaporan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 hingga 3 telah diadakan. Majlis berakhir pada pukul 12.00...
JAMUAN AKHIR TAHUN ASRAMA 2017
Alhamdulillah, jamuan akhir tahun asrama 2017 telah diadakan pada 22 November 2017 permula dari pukul 7.00 petang hingga 11.00 malam. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah di suarau asrama dan kemudiannya diikuti oleh ucapan oleh Ketua Warden (Us Syarafi), GPK 1 ( Ustaz Shamsuddin), Ketua Aspura ( Saudara Haziq Asyraf), Ketua ASPURI ( Saudari Husna Dasuki) dan diakhiri oleh ucapan Pengetua SMAM (Ustaz Shamsuri). Seterusnya majlis diteruskan dengan majlis...

