Pertandingan Nasyid
Pada hari Rabu 22 November 2017, telah diadakan pertandingan nasyid di surau ASPURA. Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 1- 3. Pertandingan ini dihakimi oleh Ustaz Rahimi, Ustaz Khairun Nas dan Ustaz Syarafi. Tahniah kepada semua
Taklimat Pemilihan Bidang Tingkatan 4 untuk Tingkatan 3
Satu taklimat hala tuju untuk pemilihan bidang tingkatan 4 telah diadakan di Bilik Tayang SMAM pada 21 November 2017 pada pukul 12.30 tgh - 2.30 petang. Ceramah disampaikan oleh Puan Rahayu iaitu Kaunsellor yang dijemput khas dari SMK Chedong Jaya, Maran. Semua pelajar-pelajar tingkatan 3 terlibat dalam taklimat ini. Program di selaraskan oleh Ustaz Aiddill Bin Abu Mansor. tahniah.
Pertandingan Menulis Khat dan Shahibba
Satu pertandingan menulis Khat telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 21 November 2017. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Tahniah kepada pengurus pertandingan Ustaz Khairun Nas, Ustazah Nurul Husna dan Ustazah Syarkiyah.
Pertandingan Shahibba pula dilaksanakan pada pukul 12.30-2.30 petang pada hari yang sama dan ditempat yang sama untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Tahniah diucapkan kepada guru penyelaras pertandingan iaitu Ustaz...
Pertandingan Shahibba pula dilaksanakan pada pukul 12.30-2.30 petang pada hari yang sama dan ditempat yang sama untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Tahniah diucapkan kepada guru penyelaras pertandingan iaitu Ustaz...
Pertandingan Memanah SMAM 2017 (aktiviti akhir tahun)
Pada 21 November 2017, telah diadakan satu pertandingan memanah untuk guru di padang SMAM. Pertandingan bermula dari pukul 8.30 - 10.30 pagi. Untuk kategori lelaki telah dimenangi oleh Ustaz Aiddil manakala untuk kategori perempuan dimenangi oleh Cikgu Aminah Murni. Tahniah kepada pemenang dan juga guru-guru penyelaras pertandingan iaitu Cikgu Nor Hidayatul Adillah dan Cikgu Siti Aesah Bt Sirojuddin. Tahniah.

