Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Taklimat SPSMA

  Pada hari Selasa bersamaan 23 Januari 2018, satu taklimat sistem SPSMA telah disampaikan oleh pihak JAIP kepada guru-guru penyelaras tingkatan dari semua SMAN di bilik mesyuarat SMAM. Program bermula seawal pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Hairuddin dari JAIP.

Tag: Taklimat spsma

Papar Artikel

Lawatan Ke Tapak Asrama Oleh Kontraktor Binaan

   Pada hari Isnin 22 Januari 2018, satu lawatan oleh kontraktor-kontraktor yang berminat untuk membida tender pembinaan ASPURI yang baru telah diadakan. Program disertai oleh kontraktor, wakil JAIP, wakil JKR dan wakil SMAM. Taklimat telah diberikan oleh Jurutera Daerah Maran En Zaky Bin Zakaria bersama KPP Khidmat Pengurusan JAIP Encik Nik Mohd Azrul  Bin Abd Ghafar. Dalam lawatan ini, borang-borang masuk harga tender telah diedarkan kepada semua kontraktor yang berminat...

Tag: aspuri ECER 2018

Papar Artikel

Mesyuarat MASISUPA Zon 2 Di SMAM

    Alhamdulillah, pada hari Isnin 22 Januari 2018, telah dijalankan mesyuarat pengelolaan MASISUPA Zon 2 di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Mesyuarat di hadiri oleh pengetua, GPK Koku, dan SU Koku dari SMA Maran, SMA Al-Ihsan, SMA Pulau Tawar, Maahad SAS dan SAR Al-Irsyad Balok. Mesyuarat membincangkan perjalanan dan pengelolaan MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung di SMA Pulau Tawar.

Tag: MASISUPA 2018

Papar Artikel

Sembang Ameng Spring

    Alhamdulillah, pada 20 Janiari 2018, seramai 30 pelajar putera dan 30 pelajar puteri SMAM telah dijemput untuk menghadiri satu sesi tazkirah maghrib yang diadakan di Masjid As-Syakirin Maran. Seusai solat Maghrib, sesi tazkirah yang disertai oleh 2 orang panel iaitu Ustaz Haji Ahmad Tarmizi Bin Abdul Rahman dan Saudara Ameng iaitu penyanyi kumpulan rock Spring telah bermula. Sesi santai ini menyaksikan Saudara Ameng Spring menceritakan liku-liku kehidupannya sehinggalah diberi...

Tag: ameng spring SMAM 2018