Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Perjumpaan KoKu 17 Januari 2018

   Perjumpaan KoKurikulum untuk hari Rabu 17 Januari 2018 adalah untuk menjalankan aktiviti kelab persatuan. Semua perjumpaan diadakan pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah wajib dan semua pelajar wajib mengambil tandatangan guru penasihat untuk membuktikan kehadiran dalam buku kourikulum. 

Tag: koku 2018

Papar Artikel

Pengayaan Bahasa Inggeris

   Sebagaimana yang telah ditetapkan, pada hari Rabu 17 Januari 2018, aktiviti pengayaan Bahasa Inggeris telah dijalankan di perhimpunan pagi selepas nyanyian asma ul-husna dan bacaan al-Quran. Syarahan dalam Bahasa Inggeris telah di persembahkan oleh pelajar Mustafa Waliuddin. Dalam program ini hampir 100% percakapan dialakukan menggunakan Bahasa Inggeris.

Tag: english 2018

Papar Artikel

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2018 SMAM

     Satu majlis penyampaian watikah perlantikan untuk pengawas-pengawas PSS telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Isnin 15 Januari 2018. Majlis ini adalah untuk melantik secara rasmi pengawas-pengawas PSS dan disempuirnakan oleh GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali yang mewakili Tuan Pengetua yang terlibat dalam Program Amanat Pengarah JAIP di Temerloh. Dalam majlis ini telah diumumkan Mohd Arief Bin Mohd Azri sebagai Ketua Pengawas PSS dan Farah Balqis...

Tag: PSS 2018

Papar Artikel

Majlis Perpisahan Cik Marlinda Binti Mohammad Amin

     Pada hari Jumaat 12 Januari 2018, satu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM untuk meraikan pertukaran Pegawai Tadbir Kewangan SMAM, Cik Marlinda Binti Mohammad Amin yang akan bertukar naik pangkat ke Mahkamah Syariah Maran. bermula 15 Januari 2018 ini. Beliau telah bertugas di SMAM selama 3 tahun 6 bulan bermula pada 16 Julai 2014. Majlis dimulakan selepas selesai sesi solat sunat di dewan. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi...

Tag: Majlis Perpisahan