Latihan Rumah Sukan Untuk MASISUPA peringkat Sekolah
Pertandingan sukan dan ilmiah peringkat sekolah yang akan diadakan pada Rabu 31 Januari - Jumaat 2 Februari telah menyaksikan semua peserta-peserta sedang berlatih bersungguh-sungguh untuk persediaan pertandingan. Semangat kesukanan yang tinggi terserlah dikalangan peserta yang masing-masing mahu menaikkan nama rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada semua peserta
Mesyuarat Penyelarasan MASISUPA Zon 2 Di SMA Pulau Tawar
Pada hari Isnin bersamaan 29 Januari 2018, satu mesyuarat penyelarasan MASISUPA Zon 2 telah diadakan di SMA Pulau Tawar yang dihadiri oleh pengetua-pengetua, GPK Koku dan Setiuasaha Bahagian Kokurikulum sekolah-sekolah zon 2. Semoga MASISUPA Zon 2 akan dapat berjalan dengan lancar dan meriah.
Tragedi Van SMAM terbabas
Malang tidak berbau, itulah yang dapat diungkapkan mengenai tragedi van SMAM terbabas dan terbalik semasa dalam perjalanan menghantar pelajar ke Majlis Memperingati Tokoh Ulama (HAUL) Kampung Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh pada hari Ahad 28 Januari 2018. Van yang dipandu oleh pemandu SMAM Encik Mohd Noh yang membawa 12 orang pelajar telah terbabas dan terbalik di kawasan berdekatan dengan simpang masuk ke Lubuk Paku, Maran, tidak berapa jauh dari SMAM. Kejadian ini yang...
Lawatan Pegawai Kesihatan Maran ke SMAM Kali Kedua
Pada hari Jumaat 26 Januari 2018, lawatan kedua oleh pihak Kesihatan Maran telah dilakukan ke SMAM. Semua pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI SMAM telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak pada pukul 10.45 pagi. Team Kesihatan yang diketuai oleh Encik Azhar telah menyampaikan taklimat dan kemuadiannya mengedarkan borang kajiselidik untuk diisi oleh semua pelajar asrama. Menurut maklumat yang disampaikan, pihak kesihatan tidak dapat membuat kesimpulan mengenai kejadian sakit perut...

