Sambutan Kemerdekaan Kali ke 63 peringkat asrama SMAM
Sambutan diadakan di SMAM bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi dengan perarakan dari ASPURA ke Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis diteruskan di dalam dewan dengan sesi majlis selawat dan tahlil kemerdekaan,nyanyian lagu-lagu patriotik, pertandingan pakaian paling menarik dan pertandingan sajak kemerdekaan.
Gotong royong pagi Sabtu 29 Ogos 2020
Gotong royong dijalankan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 bersama-sama dengan Cikgu Rizduan. Tahniah.
Gotong Royong petang Jumaat 28 Ogos 2020
Gotong royong diadakan bersama pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3 dan 4 untuk mengecat pintu masuk ke SMAM. Terimakasih kepada semua pelajar yang terlibat. Tahniah.
Kuiz Kemerdekaan 2020
Kuiz kemerdekaan diadakan di kelas-kelas bermula dari jam 10.10 hingga 11.00 pagi untuk tingkatan 1 dan 2 dan dari jam 10.30 hingga 11.00 pagi untuk tingkatan 3 hingga 5