Bacaan Al-Quran & Doa Pagi 8 September 2020
Diketuai oleh Saudara Faris selaku pengawas bertugas. Bacaan diketuai dari pejabat SMAM sementara pelajar-pelajar lain membaca di tempat duduk masing-masing di dalam kelas masing-masing sebagai langkah mematuhi penjarakan fizikal. Selepas bacaan Al-Quran dan doa, pengumuman mengenai amalan-amalan sepanjang PKKP disekolah telah di bacakan oleh pengawas bertugas.
Gotong royong keceriaan laluan
Gotong royong dijalankan oleh kelas 3S di semua laluan gajah menyusur yang ada di kawasan sekolah. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat.
Projek Guna Semula dapur (stove) rosak sebagai tong sampah kitar semula
Tong sampah kitar semula yang dihasilkan diletakkan pada laluan dari blok A ke blok B menuju ke arah Dewan Tun Abd Razak. Semoga ini akan meningkatkan semangat kitar semula dikalangan warga SMAM. InsyaALLAH.
Projek Inovasi Guna Semula Mesin Basuh Rosak
Projek ini dijalankan oleh staf SMAM Encik Shamsul, Nizam dan Rusydi bersama pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Sinki ini diletakkan di hadapan pejabat SMAM.