Bacaan Al-Quran dan doa pagi Rabu 26 Ogos 2020
Bacaan diketuai oleh Saudara Zakaria selaku pengawas yang bertugas.
Gotong royong petang Selasa (3.00-5.00 petang 25 Ogos 2020)
Masih dijalankan mengikut zon yang ditetapkan. Semua pelajar asrama terlibat dari tingkatan 1 hingga tingkatan 2. Guru-guru juga bertugas mengikut zon yang telah ditetapkan.
Gotong Royong Pagi Selasa (8.00 - 10.00 pagi 25 Ogos 2020)
Gotong royong diadakan mengikut zon yang telah ditetapkan. Pelajar yang terlibatlah ialah dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Pelajar SMA dan SPM berada di dalam kelas untuk sesi PdP.
Bacaan Al-Quran & Doa (25 Ogos 2020)
Bacaan diketuai oleh Ketua Pelajar SMAM, Saudara Nur Haziq.