Bacaan Al-Quran & doa pagi 15 September 2020
Bacaan diketuai oleh Saudara Iqbal Naim dari pejabat SMAM. Pelajar-pelajar lain berada di tempat masing-masing di dalam kelas masing-masing. Ini adalah untuk memastikan penjarakan fizikal berlaku sebagai amalan semasa COVID-19.
Jadual Peperiksaan Percubaan SMA 2020
Peperiksaan percubaan bertulis SMA 2020 akan bermula selama 6 hari bermula dari Isnin 14 September 2020 hingga Selasa 22 September 2020. Diharapkan semua pelajar tingkatan 4 akan dapat menjawab dengan baik semua subjek dan berilmu kejayaan cemerlang. InsyaALLAH
Percubaan SMA 2020 bermula hari ini Isnin 14 September 2020
Selamat berjaya kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 4 yang menghadapi peperiksaan percubaan SMA yang bermula pada hari ini Isnin 14 September 2020. Semoga semua dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Insya ALLAH.
Bacaan Al-Quran & Doa pagi Isnin 14 September 2020
Bacaan diketuai oleh Saudara Nur Haziq selaku pengawas bertugas. Pengumuman mengenai amalan sepanjang PKKP juga telah dibuat.