Lawatan Pemantauan P&P OLEH USTAZ MASFADILLAH
Lawatan pemantauan PdPC ini telah dijalankan oleh Pegawai JAIP, Ustaz Masfadillah. Beliau telah diiringi oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin dan GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali.
Lawatan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah
Lawatan 3 orang pegawai polis Maran yang diketuai oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah, Inspektor Hafiz telah dijalankan di SMA Maran pada hari ini Rabu 20 Januari 2021. Mereka telah dibawa melawat kawasan sekolah oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri dan GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin.
Hari Pertama Persekolahan 2021
Hari pertama persekolahan 2021 untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 2020 dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan zikir dengan diketuai oleh Ustaz AbdulMoneim dan Ustaz Farek. Dan ditutup dengan ucapan dari Tuan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Guru bertugas minggu ini ialah Cikgu Hidayah dan Ustaz Ridho.
Selamat Kembali ke SMAM pelajar asrama tingkatan 4 dan 5 2020
Alhamdulillah. Semua pelajar asrama tingkatan 4 dan 5 2020 kecuali seorang telah berjaya menghadirkan diri ke asrama SMAM pada hari ini 19 Januari 2021. Kehadiran mereka telah disambut oleh warden-warden dan penyelia asrama. Proses sanitasi telah dijalankan untuk memastikan keselamatan pelajar di asrama adalah terjamin. Tahniah.