Selamat Datang Ustazah Kamariyah & Ustazah Amira ke SMAM
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Ustazah Kamariyah dan Ustazah Amira yang memulakan tugas mereka di SMAM pada tahun 2021 ini. Semoga mereka akan mendapat segala kebaikan sepanjang di SMAM.
Semoga sukses sentiasa di tempat baru Ustazah Aisyah Asma'
Warga SMAM mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustazah Aisyah Asma' yang akan berpindah ke SMA Dong. Beliau telah berjaya diserap dari guru ASPA ke penjawatan DG 41 dan telah ditempatkan di sana. Warga SMAM mengucapkan jutaan terimakasih atas jasa yang beliau taburkan sepanjang tempoh beliau mengajar di SMAM.
Syafawi Al-Quran SMA bermula (25 Januari 2021)
Alhamdulillah. Ujian Syafawi Al-Quran untuk Sijil Menengah Agama telah bermula hari ini Isnin 25 Januari 2021. Semoga semuanya beroleh kejayaan. Insya ALLAH.
Bacaan Al-Quran Pagi (25 Januari 2021)
Hari pertama minggu ke 2 sesi 2021 dimulakan dengan bacaan zikir bersama Ustaz Farek dan seterusnya bacaan Al-Quran pagi bersama Saudara Yusman dari pejabat SMA Maran. Guru bertugas pada minggu ini ialah Ustaz Farek dan Ustazah Syarkiah.