Peperiksaan SMA bermula hari ini Isnin 1 Februari 2021
Peperiksaan SMA bermula hari ini 1 Februari 2021. Seramai 56 orang pelajar tingkatan 4 2020 terlibat dalam peperiksaan ini. Ianya akan bermula dari 1 hingga 8 Februari 2021 selepas ditangguhkan dari 2021 kerana wabak COVID-19.
Hari pertama Minggu ke-3 2021
Bacaan Al-Quran Pagi diketuai oleh Saudara Yusman dari pejabat SMAM. Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Syaima dan Ustaz Abdul Karim.
Amanat terakhir sebelum SMA bermula
Pengetua SMAM telah memberikan amanat terakhir kepada pelajar-pelajar SMAM yang akan mengambil peperiksaan SMA bermula dari Isnin 1 Januari 2021. Semoga kejayaan bersama mereka.
Tutorial Maya Seminar Menjawab SMA Hari Kedua (29 Januari 2021)
Tutorial maya diteruskan ke hari kedua. Pelajar-pelajar SMAM dibahagikan kepada 2 lokasi seminar iaitu di makmal komputer dan di bilik tayang. Semoga program ini akan banyak membantu pelajar dapat mencapai kejayaan dalam SMA 2020.