Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Kem Solat Di Surau An-Nur Desajaya

Program Kem Solat hari kedua menyaksikan bengkel tahsin solat, sahsiah diri dan memperkasakan perkara asas fardhu ain dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh Imam Muda dari smam. Peserta-peserta memberikan kerjasama yang baik kepada imam-imam muda mungkin disebabkan faktor usia yang sebaya diantara mereka. Adalah diharapkan agar program ini akan dapat melahirkan peserta-peserta yang akan mengamalkan solat lima waktu sepanjang hidup mereka. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Program Kemasyarakatan - Kem Solat di Surau An-Nur Desajaya Bandar Tun Razak Jengka

   Satu program kemasyarakatan berbentuk kem solat sedang diadakan di Surau An-Nur Desajaya, Bandar Tun Razak yang melibatkan 4 orang Imam Muda dari SMAM dan 17 pelajar SMK Jengka 10. Program ini adalah bertujuan untuk membantu peserta-peserta mendalami ilmu solat dengan lebih mendalam dengan bantuan imam-imam muda dari SMAM ini. Program ini merupakan kesinambungan dari program tahun lepas yang melibatkan peserta-peserta dari SMK Jengka 10 di bawah penyelarasan oleh Cikgu Ibramin...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1 2018

      Rabu 18 Oktober 2018. Satu sesi melengkapkan kerja kursus Geografi tingkatan 1 telah dilaksanakan di SMAM di mana pelajar-pelajar telah diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkannya sebelum dihantar. Masa yang diperuntukkan ialah dari 8.00 pagi - 10.00 pagi. Slot ini diambil untuk mengisi ruang peperiksaan geografi yang tidak ada peperiksaan bertulis. Pelajar-pelajar ini dipantau oleh guru geografi tingkatan 1 iaitu Cikgu Immazura Binti Mamat. Diharapkan semua pelajar...

Tag: SMAM 2018