
Kem Solat Di Surau An-Nur Desajaya
Program Kem Solat hari kedua menyaksikan bengkel tahsin solat, sahsiah diri dan memperkasakan perkara asas fardhu ain dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh Imam Muda dari smam. Peserta-peserta memberikan kerjasama yang baik kepada imam-imam muda mungkin disebabkan faktor usia yang sebaya diantara mereka. Adalah diharapkan agar program ini akan dapat melahirkan peserta-peserta yang akan mengamalkan solat lima waktu sepanjang hidup mereka. InsyaALLAH.