Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Islam Maran ke YADIM dan Pejabat YB Fuziah Salleh pada hari ini Isnin 29 April 2019. SMAM diwakili oleh Ustaz Aiddil Bin Abu Mansor.
Penyampaian sijil kepada peserta-peserta perkhemahan bersepadu di Jerantut telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM semasa perhimpunan rasmi Isnin untuk menghargai pelajar-pelajar yang telah menyertainya. Semoga perkhemahan ini akan menjadikan pelajar-pelajar lebih bermotivasi dalam mencari ilmu. InsyaALLAH.
Perhimpunan rasmi Isnin bermula dari jam 7.20 pagi hingga 9.20 pagi. Ucapan disampaikan oleh guru bertugas, gpk-gpk dan pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Samsudin.