Peperiksaan pertengahan tahun 2019 masuk ke hari kedua. Kelas-kelas yang mengambil peperiksaan ialah Tingkatan 1,2,4 dan 5. Peperiksaan pertama bermula pada jam 7.40 pagi.
Perhimpunan pagi Jumaat 3 Mei 2019 bermula dari jam 7.15 hingga 7.35 pagi. Bacaan Al-Quran beramai-ramai telah dijalankan. Seterusnya SU peperiksaan telah memberikan ucapan mengenai perubahan jadual peperiksaan pertengahan tahun kerana cuti peristiwa pada Isnin 6 Mei 2019 sempena hari pertama ramadhan 2019.
Peperiksaan pertengahan tahun 2019 telah bermula pada hari ini Khamis 2 Mei 2019. Tingkatan yang terlibat ialah tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Peperiksaan pertama bermula pada jam 8.25 pagi.
Perhimpunan pagi Khamis bermula dari jam 7.15 - 7.35 pagi dengan dimulakan oleh nyanyian Asma Ul-Husna secara beramai-ramai. Seterusnya Saudara Shahnur mengetuai pelajar-pelajar untuk membaca Al-Quran secara beramai-ramai. Ucapan diberikan oleh guru bertugas dan GPK HEM. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Saudara Shahnur.