Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Perhimpunan Pagi Jumaat 8 mac 2019

   Perhimpunan pagi Jumaat 8 Mac 2019 bermula dari pukul 7.20 - 8.00 pagi. pelajar-pelajar membaca surah Al-Fatir dan As-Sajdah beramai-ramai diketuai oleh 
oleh saudara Nur Haziq dan Shahnur. Seterusnya ucapan diberikan oleh Cikgu Asmar mengenai biasiswa dan prosedur mengisi borang, Ustazah Salmiah bercakap mengenai kelas Quran di Masjid Asy-Syakirin, Cikgu Aminah Murni bercakap mengenai MASISUPA Pusat dan Ustaz Shamsuddin bin Ali bercakap mengenai kelas tahfiz.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Saringan Darah Talasemia Pelajar Tingkatan 4 SMAM

    Pengambilan darah pelajar-pelajar yang belum di saring untuk talasemia telah dibuat di bilik komputer SMAM pada hari Khamis 7 Mac 2019 bermula dari 8.30 - 9.30 pagi. Ini adalah satu program percuma untuk menentukan samada pelajar-pelajar mengidap atau menjadi pembawa kepada talasemia. Semoga semua pelajar dalam keadaan sihat belaka InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Motivasi dan Nasyid bersama Nowtica

   Sesi motivasi dan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Nowtica bermula dari pukul 11.00 - 1.30 tengahari. Kumpulan ini menyampaikan lagu akapella dan minus one. pelajar-pelajar teruja dengan motivasi dan lagu-lagu nasyid yang dipersembahkan. Terimakasih kepada kumpulan Nowtica atas kesanggupan mereka bertandang ke SMAM dari bangi. 

Tag: SMAM 2019