Aktiviti Kokurikulum diteruskan pada petang Rabu 12 Jun 2019 pada jam 3.30 petang. Kali ini perjumpaan kelab dan persatuan telah diadakan di tempat-tempat yang telah ditetapkan.
Satu perjumpaan telah diadakan diantara pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri dengan pelajar-pelajar tingkatan 1M dan 1S. Perjumpaan diadakan untuk membincangkan program sirah dan hadis yang telah ditetapkan sebelum ini.
Thobur Sobahi pada hari Rabu 12 Jun 2019 melibatkan aktiviti dialog dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab mengenai sambutan Aidilfitri. Semoga ianya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan bahasa di SMAM. InsyaALLAH.