Bersama kita mencontohi tokoh ini dari segi keberanian dan ketinggian iman dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan menegakkan syiar islam di atas muka bumi ALLAH ini. InsyaALLAH. Aamiiin.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMAM khasnya dan kepada ummat Islam amnya. Semoga Ramadhan yang akan berakhir esok berjaya menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan semoga Hari Raya Aidlifitri ini akan kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga berjumpa semula di SMAM pada Selasa 11 Jun 2019 apabila sesi persekolahan disambung semula. InsyaALLAH. Aamiiin.
Jangan bersedih. Kita sebagai manusia pasti banyak menghadapi kegelisahan, kesedihan, kemuraman dan pelbagai rasa negatif yang membelenggu kehidupan seharian kita disebabkan dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Apa yang penting adalah untuk kita sentiasa kembali kepada ALLAH dan sentiasa ingat kepadaNYA sebagai satu-satunya tuhan yang mengizinkan segalanya berlaku kepada kita. Itu adalah caraNYA untuk menyedarkan kita bahawa Dialah satu-satunya tempat untuk kita berserah...