Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "SMAM"

Papar Artikel

Peperiksaan PT3 2018 Bermula

   Alhamdulillah, peperiksaan PT3 telah bermula pada 1 Oktober 2018. Peperiksaan ini diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Seramai 74 orang calon SMAM terlibat dalam peperiksaan ini. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga dapat menjawab dengan baik semua kertas peperiksaan. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Perhimpunan Rasmi Isnin minggu 1 Oktober - 5 Oktober 2018

    Perhimpunan rasmi hari Isnin 1 Oktober 2018 diadakan di tapak perhimpunan SMAM di sebelah tepi Dewan Tun Abd Razak SMAM kerana dewan digunakan untuk peperiksaan PT3 yang akan bermula pada hari tersebut. 

Guru Bertugas untuk Minggu 1 - 5 Oktober ialah:
1. USTAZ KHAIRUN NAS BIN ABU ZARIN
2. CIKGU NUR HARIYAH BT MOHAMAD NOOR

Kepada semua pelajar yang mempunyai sebarang masalah sepanjang minggu ini boleh berjumpa kedua-dua guru tersebut.

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Majlis Titisan Ilmu PT3 2018

    Majlis Titisan Ilmu telah diadakan pada hari Jumaat 28 September 2018 di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada pukul 11.00 - 12.00 tengahari. Program penyerahan ilmu ini adalah simbolik penghalalan ilmu dari guru-guru kepada calon-calon PT3 yang akan mula mengambil peperiksaan bertulis PT3 pada hari Isnin 1 Oktober 2018. Seramai 74 orang calon akan menduduki peperiksaan ini. Dalam majlis ini, guru-guru telah memberikan amanat terakhir mereka kepada calon-calon dan juga dibuat penyerahan...

Tag: SMAM 2018

Papar Artikel

Penyerahan Keputusan Percubaan SMA dan SPM serta Perjumpaan Guru dan Ibubapa

     Selesai Solat Hajat Perdana yang diadakan pada pagi Jumaat 28 September 2018, berlangsung pula program penyerahan keputusan percubaan SMA dan SPM dan perjumpaan antara pelajar bersama ibubapa dengan guru-guru subjek. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Program diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga program ini meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berjaya dalam peperiksaan SMA dan SPM. SMA akan bermula pada 15 Oktober 2018...

Tag: SMAM 2018