Bengkela Tahsin Al-Quran 2019 pada hari kedua Sabtu 15 Jun 2019 dimulakan dengan slot Bengkel 1 - Latihan Syafawi dimana dalam kumpulan-kumpulan kecil, pelajar-pelajar menjalankan syafawi Al-Quran bersama fasilitator mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, Bengkel Tahsin Al-Quran telah memulakan slot pertama pada malam Jumaat 14 Jun 2019. Ianya dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai JAIP, Ustaz Masfadillah. Tahniah. Semoga segalanya berjalan dengan baik. InsyaALLAH.
Satu program motivasi ringkas untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 ASPURA telah diadakan di Surau ASPURA pada malam Jumaat 14 Jun 2019. Ceramah motivasi telah diberikan oleh bekas pelajar SMAM, Saudara Amin Mukhriz bertajuk "tips-tips untuk berjaya". Program dipantau oleh Ustaz Azrul dan GPK HEM, Ustazah Azifah.