Karnival Ko-Falak 2019 telah dirasmikan oleh Ustaz Zahari Bin Daud iaitu Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Pahang. Majlis berlangsung dari pukul 12.30 - 1.30 tengahari.
Dalam sesi kedua, Dr Ahmad Irfan telah menunjukkan kepentingan bidang falak kepada ummat Islam dari segi penentuan masa untuk solat, puasa,hari raya dan sebagainya. beliau juga menunjukkan bukti-bukti bahawa ilmu falak ini telah maju dikalangan orang Melayu islam sejak zaman-berzaman lagi.
Sesi pertama Karnival ini bermula dari pukul 8.00 - 10.00 pagi iaitu pengenalan kepada bidang falak yang disampaikan oleh Dr Ahmad Irfan Bin Ikhmal Hisyam. Beliau mengaitkan kepentingan Falak dengan ilmu dan Islam. Tahniah atas ceramah yang penuh dengan ilmu. semoga pelajar-pelajar SMAM akan meningkat minatnya terhadap bidang falak. InsyaALLAH.
Pendaftaran Karnival Ko-Falak bermula dari pukul 7.30 - 8.00 pagi di Dewan Tun Abd Razak. Tahniah kepada semua pelajar, guru-guru dan staff-staff yang hadir ke Karnival Ko-Falak ini.