Latihan ilmiah untuk MASISUPA Zon 2 telah diadakan mengikut acara di kelas-kelas yang ditetapkan dari pukul 8.30 - 10.30 pagi. Seterusnya pada pukul 11.00 pagi, peserta-peserta ilmiah mengadakan rehearsal di Dewan Tun Abd Razak mengikut slot masing-masing sehingga pukul 2.40 petang.
Latihan dan teori bola jaring diadakan pada 25 Februari 2019. Latihan sesi pagi diadakan di Kompleks Rakan Muda Maran manakala tayangan video untuk pembelajaran teori diadakan di makmal biologi. Semoga berjaya pasukan bola jaring SMAM. InsyaALLAH.