Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Tag: "2019"

Papar Artikel

Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 5 - Pencerapan Cakerawala

    Sesi pencerapan cakerawala telah dilakukan di luar Dewan Tun Abd Razak di tapak perhimpunan bersebelahan dewan. 2 teleskop telah digunakan di mana satu dibekalkan oleh Jabatan Mufti dan satu lagi dibawa oleh Jabatan Ukur Pahang. Peserta bergilir-gilir memerhatikan cakerawala di bawah bimbingan Encik Shahrin Bin Haji Ahmad. Suasana amat meriah pada sesi ini dimana para peserta amat teruja untuk menggunakan teleskop yang disediakan.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Karnival Ko-Falak SMAM 2019: Slot 4: Mengenal Planet, Bintang, Galaksi dan Cakerawala

    Slot ke-4 Karnival Ko-Falak disampaikan oleh Encik Shahrin. Slot bermula dari pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Beliau membincangkan mengenai cakerawala dan memperkenalkan sistem planet, bintang, galaksi dan alam semesta dan menghubungkannya dengan dunia kita dan kita. Sesi ini amat menarik dan mendapat perhatian peserta kerana beliau menggunakan multimedia untuk menunjukkan ciri-ciri yang ada pada jasad samawi. Ceramah beliau juga di selang seli dengan jenaka. 

Tag: SMAM 2019