Sumbangan Tabung Bencana Kebakaran
Alhamdulillah, pada hari ini Jumaat bersamaan 24 Mac 2017, Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad telah sudi menyampaikan cek sumbangan kepada tabung bencana kebakaran SMAM bernilai RM5000.00. Sumbangan telah diterima oleh Tuan Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri B Shamsudin dan disaksikan oleh wakil koperasi dan GPK1 SMAM Ustaz Shamsudin B Ali. Terimakasih.
MASISUPA peringkat negeri di Al-Kuliyyah
Pertandingan peringkat negeri majlis sukan dan ilmiah sekolah-sekolah agama Pahang telah berlangsung pada 17 Mac 2017 dan akan berakhir pada 20 Mac 2017. Sebanyak 4 zon akan bertanding di peringkat ini. zon-zon ini diwakili oleh peserta dari 18 buah sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan 4 buah sekolah agama rakyat (SAR). Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Maran turut sama menyertai kontingen zon 2. Selamat bersukan dan majulah sukan untuk negara.
Majlis Pemuafakatan Ibubapa SMA Maran 2016
Pada hari Jumaat bersamaaan 17 Mac 2017, satu majlis pemuafakatan ibubapa dan guru telah dilaksanankan di dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis ini bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam membina semula asrama yang terbakar dan usaha-usaha yang perlu diambil untuk memajukan lagi SMAM dari semua segi. Majlis bermula seawal 8.30 pagi selepas perhimpunan pagi Jumaat. Majlis akhirnya di tutup rasmi oleh ADUN Luit iaitu YB Hidayah B Hj Shahimi.
Kem Imam Muda Daerah Maran
Seramai 10 orang pelajar SMAM telah menyertai rombongan 60 orang pelajar dari daerah Maran ke Kem Imamm Muda Daerah Maran yang diadakan di Kem Bentong. Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi Imam Muda. Tahniah dan selamat berjaya kepada semua pelajar.

