Aktiviti Kokurikulum Hari Rabu
Pada setiap hari Rabu SMA Maran akan mengadakan aktiviti kokurikulum sebagaimana sekolah-sekolah lain juga. Aktiviti ini dibahagi dan digilirkan antara sukan, unit beruniform dan persatuan. Program diselaraskan oleh setiusaha kokurikulum Ustaz Rahimi Bin Zainal Abidin.
Seminar SMA - Insya Fasa I
Alhamdulillah pada hari Sabtu 20 Mei 2017, satu seminar SMA untuk subjek Insya telah berjaya dilangsungkan di Bilik Tayang SMA Maran untuk semua pelajar-pelajar tingkatan 4. Seminar ini di selaraskan oleh Ustazah Azifah. Seminar bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 Tengahari. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Abdul Razak Bin Abdullah dari SMA Al-Ulum Addiniah Dong. Warga SMAM ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Abdul Razak yang sudi...
SAMBUTAN HARI GURU 2017
Sebagaimana sekolah-sekolah lain juga di seluruh Malaysia, SMA Maran tidak ketinggalan dalam menyambut Hari Guru pada hari Selasa 16 Mei 2017. Sambutan bermula seawal pukul 8.30 dengan perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan pelajar-pelajar lelaki dan perlawanan bola jaring antara guru-guru perempuan dengan pelajar-pelajar perempuan. Selesai sesi sukan pagi, sambutan acara dewan pula diadakan pada pukul 11.30 dan ditutup dengan ceramah oleh PU Mizi pada pukul 12.30 tengahari...
MESYUARAT AGUNG PIBG DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI KE 22 2017
Mesyuarat PIBG dan hari anugerah kecemerlangan ke 22 telah diadakan pada 12 Mei 2017. Pada mesyuarat kali ini perlantikan baru AJK PIBG telah diadakan untuk sesi 2017/2018. Selepas selesai mesyuarat, penyampaian hadiah telah diadakan untuk pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan akhir tahun 2016, PT3, SMA dan SPM 2016. Anugerah juga diberikan kepada Tokoh Kurikulum 2016, Tokoh Kokurikulum 2016 dan Tokoh Pelajar 2016. Tak dilupakan juga penyampaian...

