Kem Merintis Kecemerlangan Sanctuary Resort Hari Ketiga 23 September 2018
Hari ketiga program melibatkan 1 subjek PT3 yang mengambil 2 slot, 2 subjek SPM dan 2 subjek SMA. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Selesai slot masing-masing pelajar makan tengahari dan berkemas untuk pulang ke SMAM. Bas telah sampai pada pukul 2.30 petang dan bertolak pada jam 2.45 petang. Semua pelajar selamat sampai ke SMAM pada pukul 4.05 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Kem Merintis Kecemerlangan di Sanctuary...
Kem Merintis Kecemerlangan Sanctuary Resort Hari Kedua 22 September 2018
Hari kedua Kem Kecemerlangan di Sanctuary Resort menyaksikan 4 Subjek PT3, 4 Subjek SPM dan 4 Subjek SMA mengadakan seminar/perbengkelan. Program bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11 malam.
# gambar disepanjang program boleh dilihat di galeri-foto-kem merintis kecemerlangan sanctury resort
# gambar disepanjang program boleh dilihat di galeri-foto-kem merintis kecemerlangan sanctury resort
Kem Merintis Kecemerlangan Sanctuary Resort Hari Pertama 21 September 2018
Alhamdulillah, kem Kecemerlangan untuk pelajar PT3, SMA dan SPM telah berjaya diadakan di Sanctuary Resort, Sungai Ular dari 21 September - 23 September 2018. Seramai 40 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti program ini. Bas yang membawa pelajar telah bertolak dari SMAM pada pukul 10.30 pagi dan sampai ke Sanctuary Resort pada pukul 12.30 Tengahari. Selepas pelajar check-in ke hotel, mereka dibawa bersolat Jumaat di Masjid Sungai Ular.Slot pertama kem bermula pada pukul...
Majlis Perpisahan Pengarah Jaip
Satu majlis perpisahan untuk meraikan persaraan Pengarah JAIP telah diadakan di Dewan SMATAF pada hari Khamis 20 September 2018. Seramai 5 orang wakil dari SMAM telah menghadiri majlis tersebut iaitu Pengetua, GPK Pentadbiran, GPK Koku, Ustaz Sarafi dan Cikgi Ridzuan. Selamat bersara diucapkan kepada pengarah JAIP. Semoga sentiasa berada dalam Rahmat Dan Perlindungan ALLAH. InsyaALLAH.

