Kem Merintis Kecemerlangan Sanctuary Resort Hari Ketiga 23 September 2018

   Hari ketiga program melibatkan 1 subjek PT3 yang mengambil 2 slot, 2 subjek SPM dan 2 subjek SMA. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Selesai slot masing-masing pelajar makan tengahari dan berkemas untuk pulang ke SMAM. Bas telah sampai pada pukul 2.30 petang dan bertolak pada jam 2.45 petang. Semua pelajar selamat sampai ke SMAM pada pukul 4.05 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Kem Merintis Kecemerlangan di Sanctuary Resort. Semoga ianya akan memacu kecemerlangan pelajar-pelajar PT3, SMA dan SPM dalam peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

# gambar disepanjang program boleh dilihat di galeri-foto-kem merintis kecemerlangan sanctury resort

Tag: SMAM 2018