Perhimpunan Pagi Jumaat 22 Februari 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 22 Februari 2019 dimulakan dengan rutin membaca 2 surah secara beramai-ramai. Majlis bermula pada pukul 7,15 pagi. Selepas bacaan Al-Quran, Setiausaha Kokurikulum SMAM, Ustaz Khairun Nas telah berucap mengenai MASISUPA dan juga Karnival Ko Falak yang akan berlangsung pada hari Sabtu 23 februari 2019. Seterusnya ucapan disampaikan oleh GPK Pentadbiran Ustaz Shamsuddin Bin Ali. Majlis ditutup pada pukul 7.45 pagi.
Jamuan Meraikan Kecemerlangan SMA 2018
Jamuan meraikan pelajar-pelajar tingkatan 4 2018 yang cemerlang dalam SMA 2018 telah dianjurkan oleh Ustaz Azrul, Ustaz Nas dan Ustaz Syarafi pada malam 21 Februari 2019 di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Menu utama yang dihidangkan ialah ayam barbeque. Tahniah atas kejayaan SMA 2018.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Nasyid Perempuan 21 Februari 2019
Semoga pasukan ini akan beroleh kejayaan di MASISUPA Zon 2 nanti. InsyaALLAH.
Persediaan MASISUPA 2019 - Latihan Takraw 21 Februari 2019
Selamat berjaya pasukan Takraw SMAM 2019. InsyaALLAH.

