Surat Makluman Karnival Ko-Falak
surat boleh juga di muat turun di ruangan Muat Turun - Surat Makluman Karnival Ko-Falak 23 Februari 2019 pada laman web ini. Harap maklum
Persiapan Untuk Karnival Falak SMAM 2019
Persiapan sedang giat dibuat untuk Karnival Falak di mana Dewan Tun Abd Razak sedang disiap sediakan untuk acara utama karnival ini. Pada hari ini Khamis 21 Februari 2019, kerja-kerja pembersiahan sawang-sawang dan pemasangan langsir telah dijalankan dengan diselaraskan oleh Ustazah Norsyah Siti Aisyah. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga
Adalah dimaklumkan bahawa Karnival Falak akan diadakan di SMA Maran pada hari Sabtu 23 Februari 2019 bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 malam. Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar asrama tidak dibenarkan pulang ke kampung pada hujung minggu ini kerana semua pelajar asrama akan terlibat dengan karnival ini.
Semua ibubapa/penjaga adalah dijemput untuk menghadiri karnival ini. Jemputan juga dibuka kepada semua penduduk setempat atau mana-mana individu yang berminat...
Semua ibubapa/penjaga adalah dijemput untuk menghadiri karnival ini. Jemputan juga dibuka kepada semua penduduk setempat atau mana-mana individu yang berminat...
Thobur Sobahi 21 Februari 2019
Thobur Sobahi Khamis 21 februari 2019 melibatkan tatabahasa Bahasa Arab yang disampaikan oleh Saudara Nor Haziq. Selepas memberi soalan, beliau memberikan solan untuk dijawab oleh pelajar-pelajar semasa perhimpunan. Tahniah Saudara Nor Haziq.

