Makluman: Album Chemerkau 2019 telah dikemaskini.
Album Kem Kecemerlangan di Chemerkau Chekas Chalet telah dikemaskini. Boleh dilihat di GALERI-FOTO. Terimakasih.
Alhamdulillah....SMAM juara kebersihan kantin 4K 2019
Alhamdulillah. SMAM telah dinobatkan sebagai juara kategori kebersihan kantin 4K 2019. Sijil disampaikan oleh Pengarah JAIP kepada pengetua SMAM pada hari Jumaat 13 September 2019.
Tahniah Saudara Arief
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada Saudara Arief yang merupakan bekas pelajar SMAM yang kini melanjutkan pelajaran ke Al-Kuliyyah untuk mengambil STAM kerana berjaya mendapat band 4 dalam peperiksaan MUET baru-baru ini. Tahniah diucapkan.
Pengurusan Biasiswa 2019
Pelajar-pelajar yang telah ditawarkan biasiswa Yayasan Pahang bagi tahun 2019 telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM selepas perhimpunan untuk diberikan surat untuk membuka akaun oleh guru biasiswa, Cikgu Asmar.

