Bantuan PKP ke-2
Misi bantuan kedua daripada sekolah dan PIBG SMAM melibatkan pemberian telefon kepada 7 orang pelajar. Pada 7 Julai 2021, 3 orang pelajar: noor idham,amirul asyraf dan balqis telah berjaya diberikan telefon oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin yang mengetuai rombongan kunjungan rumah ke rumah.Selain telefon, barang keperluan dan sumbangan berbentuk nilaian rm juga disampaikan kepad pelajar SMAM yang terkesan dengan COVID-19. Moga dipermudahkan segala urusan kita ...
Alhamdulillah...bakul PKP untk Muohamad Hanis dan keluarga.....terima kasih
Penyampaian Bakul PKP yang merupakan bantuan bahan-bahan makanan telah disampaikan kepada pelajar SMAM, Muhammad Hanis dan keluarga oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri bin Sahmasudin pada 5 Julai 2021. Penyampaian dilakukan di rumah pelajar tersebut. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada beliau dan keluarga. InsyaALLAH
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021
Peperiksaan bermula dari 5 Julai dan akan berakhir pada 15 Julai 2021. Ianya melibatkan seua tingkatan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik peperiksaan online ini. InsyaALLAH
SELAMAT BERSARA
Selamat bersara diucapkan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Ustaz Mohammad Bin Ab Rahman yang telah bersara pada 10 JUN 2021.

