Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2021
Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang akan disambut pada hari esok Selasa 31 Ogos 2021. Semoga kita menghargai kemerdekaan kita ini dan semoga kita kekal merdeka selama-lamanya. Insya ALLAH..
Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat secara maya bagi mendokan kesihatan dan keselamatan semua
Majlis di adakan pada hari Ahad, 9 malam dengan menggunakan Google Meet. Majlis dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama bahagian 4K (Kerohanian). Bacaan diketuai oleh Ustaz Dr. Mohammed Al-Mon'eim.
Progress Pembinaan ASPURI dan Penambahbaikkan Surau ASPURA sepanjang PKP
Alhamdulillah...proses pembinaan ASPURI dan penambahbaikkan Surau ASPURA berjalan lancar sepanjang PKP ini. Apa yang diharapkan ialah tiada gangguan pada jadual pembinaan untuk memastikan kedua-dua projek dapat disiapkan mengikut jadual. Insya ALLAH.
Selamat Bercuti Pertengahan Penggal ( 17 - 25 Julai 2021)
Admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SMAM sempena cuti pertengahan penggal yang bermula dari 17 hingga 25 Julai ini. Jaga diri, jaga kesihatan dan patuhi SOP COVID 19.

