MAJLIS PENYERAHAN KIT LATIHAN DALAM CUTI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5
Majlis diadakan bermula dari jam 2.00 hingga 2.30 petang Khamis 21 Mei 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Latihan yang diberikan adalah melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains. penyerahan disempurnakan oleh GPK Pentadbiran dan guru-guru kelas. Ibu bapa adalah diminta menandatangani latihan ini untuk mengesahkan anak-anak mereka menjawab latihan yang diberikan.
PENYERAHAN EXPECTED TARGETED RESULT (ETR) KEPADA PELAJAR SPM DAN SMA 2026
Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak pada hari Khamis 21 Mei 2026 bermula dari jam 1.30 tengahari hingga 2.00 petang. Semua pelajar menerima ETR mereka sebagai cabaran kepada mereka. Semoga calon-calon akan bermotivasi untuk mencapai ETR mereka. InsyaALLAH
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLAK SEPAK BAWAH 15 DIANTARA SMA MARAN DAN SMK CHEDUNG JAYA
Perlawanan diadakan di Padang SMA Maran bermula dari jam 5.30 hingga 6.30 petang Rabu 20 Mei 2026. Alhamdulillah pasukan SMAM menang 3-1.
MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2026
Mesyuarat dilaksanakan pada hari Rabu 20 Mei 2026 dari jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat SMA Maran. Ianya dipengerusikan oleh Pengetua SMA Maran, Cikgu Haji Mohd Fairuz Bin Ab Kudus.

